Oleh KA
Tanggal 14 April 2012, secara rasminya kelab bermotosikal berkuasa tinggi yang dikenali sebagai Kijang Bikerz (KB) ditubuhkan di TheCo. Penubuhan KB telah dipelopori dan diterajui oleh 3 ahli kelab, RMI, KA dan IN. Mereka merupakan antara tunggak utama yang merealisasikan penubuhan KB sehingga telah dipilih sebulat suara sebagai Presiden (KA) dan Bendahari (IN) oleh ahli-ahli di mesyuarat Agong Pertama yang diadakan di Port Dickson baru-baru ini.
Motosikal yang dimiliki oleh mereka – RM menggunakan Yamaha Fazer 1000 cc, manakala KA dan IN menggunakan Suzuki Bandit 1250 cc dan Kawasaki ZRX 1200 cc. Beberapa siri konvoi telah disertai oleh mereka sepanjang tahun 2012 antaranya, Ride to Temerloh pada 17 Mac 2012 kerana meraikan Puan Ayu, bekas kakitangan JPIT yang melangsungkan majlis kenduri perkahwinan beliau. KB telah mengiringi pasangan mempelai sehingga ke rumah pengantin dan telah diberi layanan istimewa oleh tuanrumah dengan masakan istimewa ikan patin masak gulai tempoyak. KB juga menyertai Ride to Port Dickson pada 14 April 2012 bagi menghadiri AGM KB kali pertama dan seterusnya mengikuti konvoi Jelajah Semenanjung Sambil Melawat Pejabat-Pejabat Perwakilan TheCo yang diadakan selama 4 hari 3 malam dari 28 April hingga 1 Mei 2012 yang merentasi semua negeri-negeri di Semenanjung sejauh 2,116 km.
No comments:
Post a Comment