Pages

Thursday, 31 May 2012

Tazkirah: Cermin Tak Pernah Berdusta (Sajak)

Cermin Tak Pernah Berdusta
Nukilan : Abdurrahman Usman, Bogor Indonesia



Tatkala kudatangi sebuah cermin,
Tampak sesosok yang sudah lama kukenali,
Namun ANEH,
Sesungguhnya aku belum
mengenal siapa yang kulihat.

Tatkala kutatap wajah,hatiku bertanya
apakah wajah ini yang kelak kan bercahaya,
bersinar indah di syurga sana?

Ataukah wajah ini yang akan hangus legam di neraka Jahanam??

Tatkala kutatap mataku,galau hatiku bertanya...
Mata inikah yang akan menatap penuh kelazatan dan kerinduan
menatap Allah,menatap Rasulullah...
menatap kekasih Allah kelak??

Ataukah mata ini yang akan terbeliak.melotot,menganga terburai
menatap neraka jahanam...

Wahai mata,apa gerangan yang kau tatap selama ini??

Tatkala kutatap mulut,apakah mulut ini yang akan
mendesah penuh kerinduan mengucap LAAILAHA ILLALLAH
saat malaikat maut datang menjemput...
ataukah menjadi mulut menganga dengan lidah terjelir dengan
lengking jeritan pilu, yang akan menggugah sendi-sendi setiap pendengar,
ataukah menjadi mulut pemakan buah zaqqum Jahanam, yang getir menghunus penghancur usus...

Apa yang engkau ucapkan wahai mulut yang malang?!
Berapa banyak hari yang remuk dengan pisau kata-katamu yang menghiris tajam,
berapa banyak kata-kata yang manis semanis madu yang engkau ucapkan untuk menipu...?!

Betapa jarang engkau jujur,
betapa langkanya engkau menyebut nama Tuhanmu dengan tulus
betapa jarangnya engkau syahdu memohon agar Tuhanmu mengampuni segala dosa yang telah kau perbuat?!

Tatkala kutatap tubuhku,apakah tubuh ini
yang kelak kan penuh cahaya,bersinar,bersukacita,bercengkerama di syurga sana?
Ataukah tubuh yang akan tercabuk-cabuk hancur mendidih di dalam lahar membara Jahanam,
terpasung tanpa ampun,derita yang takkan pernah berakhir...

Wahai tubuh,
berapa banyak maksiat yang engkau lakukan...?
berapa banyak orang yang engkau dzalimi dengan tubuhmu...?
berapa banyak hambamu hamba-hamba Allah yang lemah
yang engkau tindas dengan kekuatanmu?!

Wahai tubuh,
seperti apakah isi gerangan hatimu?
Apakah isi hatimu sebagus kata-katamu,
atau sebagus daki yang melekat ditubuhmu?
Apakah hatimu seindah penampilanmu
atau sebusuk kotoranmu?!


Betapa berbeda,
apa yang nampak dalam cermin dengan apa yang tersembunyi...
Betapa aku telah tertipu...
Aku tertipu oleh topeng...
Betapa yang kulihat selama ini hanyalah topeng,
betapa pujian yang terhambur hanyalah memuji topeng,
betapa yang indah ternyata hanyalah memuji topeng...

Sedangkan aku,
hanyalah selonggok sampah busuk yang terbungkus...
Aku tertipu...
Aku malu...
Aku tertipu ya Allah...
Allah...! Selamatkanlah aku...

Thursday, 24 May 2012

Tazkirah | Mencari Ketenangan

| Oleh Ust. Mohd Shahril


"Kenapalah jiwa aku serabut?"
"Macam mana nak buat hati rasa tenang?"
"Seronoknya kalau hidup ini penuh ketenangan".
"Bahagianya hidup kalau jiwa tak serabut!"
Bermacam-macam keluhan suara hati dan lisan yang dapat kita dengar dan rasai dalam menggambarkan betapa mahal dan bernilainya sebuah ketenangan dan betapa inginnya jiwa ini melangkah lari dari keserabutan dan kekacauan rohani dan jasmani.
Tak terkecuali, kita juga mungkin pernah menuturkan kalimah-kalimah tersebut dan mungkin juga pernah mendambakannya di dalam hati sanubari.Bahkan boleh dikatakan mustahil bagi seseorang yang waras,tidak mengimpikan rasa ketenangan dalam kehidupan.

Nikmat ketenangan
Lihatlah dan renunglah betapa bernilai secebis ketenangan bagi sesebuah jiwa,apatah lagi jika jiwa itu penuh dengan keserabutan dan kekacauan. Alangkah merdekanya jiwa jika sentiasa dinaungi nikmat ketenangan.Namun,berapa ramai yang masih tercari-cari akan ketenangan khususnya ketenangan rohani.
Harta bertimbun,pangkat yang hebat,kelengkapan yang canggih,infrastruktur yang mewah bukanlah penjamin total untuk mendapat sebuah ketenangan.Bahkan kadangkala ia menjadi salah satu punca dan musuh perosak ketenangan dan keharmonian rohani.
Hal ini terjadi kerana kebanyakan perkara tersebut secara amnya dikuasai oleh nafsu negatif yang sentiasa membaluti roh kejernihan jiwa.Nafsu ini juga telah diceritakan oleh Allah Ta’ala sebagaimana firmanNya :
ِانَّ النَّفْسَ لَأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلَّا مَا رَحِمَ رَبِّي إِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang Yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Yusuf:53)
Nafsu sentiasa mengarahkan kepada perkara yang memusnahkan ketenangan.Jadi tidak hairanlah mereka yang dikuasai nafsu songsang akan mudah teragut ketenangan dari jiwa mereka.Nur ketenangan seolah-olah malap dan hampir padam di hati dan wajah mereka.
Cuba kita renung dan fikir kehidupan para alim ulama’ dan orang soleh yang betul-betul menyerah diri dan bergantung kepada Tuhan sekalian alam.Cahaya ketenangan terserlah dari mereka bahkan adakalanya aura tersebut terasa terpancar di sekeliling mereka hinggakan jika kita melihat wajah dan mendengar tuturkata mereka tersa bagaikan diselimuti gebar keamanan dan kesejahteraan.Jiwa yang gersang terasa bagai disimbah salju yang menyejukkan jiwa yang resah.
الَّذِينَ آَمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

Maksudnya: "(Iaitu) orang-orang Yang beriman dan tenang tenteram hati mereka Dengan zikrullah". ketahuilah Dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.( Arra’d:28)
Subhanallah!Hebatnya penawar yang Allah ciptakan untuk hati manusia.Dengan mengingatiNya sahajalah ketenangan dan ketenteraman akan datang. Hati akan terubat,roh keimanan akan terasa meningkat.
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آَيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang Yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka Yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatnya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.(Alanfaal:2)
Allah Ta’ala telah mengkhususkan orang-orang mukmin dengan beberapa sifat yang menjurus ke arah ketenangan rohani,antara yang disebut adalah seperti ayat di atas yang mana mereka itu apabila disebut saja nama Allah terus gementar dan terkesan hati-hati mereka dengan ayat-ayat Allah. Gementar dan takut sebegini bukanlah suatu yang kontra dengan ketenangan yang disebutkan,malahan perasaan sebeginilah yang akan menjadi kunci untuk mendapatkan ketenangan.
Cuba kita fikir sejenak, dikala kita membaca ayat-ayat Allah dalam Alquran beserta kefahaman dan penghayatan yang mendalam,ataupun ketika kita melihat ayat-ayat kauniah(ciptaan alam) yang sebegini hebat dengan penuh rasa rendah diri, sedar akan kelemahan dan kekerdilan kita di sisi Allah Ta’ala tentunya secara tidak langsung akan terbit satu perasaan yang membuatkan kita terasa nyaman dan lapang.(cubalah…!)
Satu perkara lagi,cuba kita lihat mengapa ketika manusia menghadapi tekanan emosi (bukan gila ) atau keserabutan fikiran ,mereka akan mengasingkan diri mencari kesunyian dan ada yang mencari ketenangan di sebalik alam seperti di tepi pantai,di dalam taman sambil mendengar kicauan beburung,di tebing sungai yang mengalir dan seumpamanya,ini kerana suara-suara alam ini(makhluk Allah) sentiasa menuturkan tasbih dan zikir pujian kepada Sang Pencipta Allah Ta’ala. Sebab itulah apabila kita mendengar alunan ombak,aliran sungai dan kicauan beburung ,jiwa akan diuliti rasa tenang dan lapang.Bukankah zikir itu menenangkan jiwa?!

تُسَبِّحُ لَهُ السَّمَوَاتُ السَّبْعُ وَالْأَرْضُ وَمَنْ فِيهِنَّ وَإِنْ مِنْ شَيْءٍ إِلَّا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ وَلَكِنْ لَا تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ إِنَّهُ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا

Maksudnya : Langit Yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih Dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya ia adalah Maha penyabar, lagi Maha Pengampun.(Alisraa’:44)

Ketenangan Hakiki
Ya Allah.kurniakanlah kami ketenangan hakiki! Carilah ketenangan hakiki untuk diri. Jauhkanlah diri daripada kemurkaan Allah Ta’ala.Hindarkanlah maksiat kepada Allah kerana ia akan menggugah ketenangan jiwa.Nur Ilahi akan jauh dari pelaku maksiat dan kolam ketenangan akan tercemar dengan noda dan dosa.
Banyakkanlah istighfar beserta doa,pohonlah keampunanNya sentiasa selagi usia masih bersisa.Tiada insan di dunia ini yang suci dari dosa melainkan Nabi yang ma’sum.Selawat dan salam ke atasnya.
Jangan kita putus asa daripada rahmat Allah,anggaplah cabaran dan ujian yang diberi untuk menguji iman dan sekaligus meneguhkannya lagi.Sedarilah jalan ke syurga itu dihampar dengan pelbagai cabaran dan dugaan.
قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Maksudnya: Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu Yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana Sesungguhnya Allah mengampunkan Segala dosa; Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(Azzumar:53)
Banyakkanlah bergaul dengan orang-orang soleh dan menghadiri majlis-majlis zikir dan ilmu,sesungguhnya para malaikat akan mendoakan kesejahteraan dan kerahmatan kepada mereka yang berada di dalamnya.
Jauhilah sifat-sifat mazmumah yang menjadi racun kepada benih ketenangan seperti hasad dengki,buruk sangka,fitnah dan sifat seumpamanya. Basahilah lidah dengan zikrullah selalu,siramilah anggota badan kita dengan pahala sedekah nescaya ia akan terbit menjadi anggota yang mengarahkan kepada ketaatan Allah. Insya Allah.
إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ

Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa Yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa Yang ada pada diri mereka sendiri. (Ar Ra’d:11)
Sesungguhnya hanya kitalah yang akan mengubah diri sendiri,kitalah yang akan membuat acuan untuk diri kita sama ada kita membina acuan yang membawa ketenangan ataupun acuan yang membawa kecelakaan.
يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ (27) ارْجِعِي إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَرْضِيَّةً (28) فَادْخُلِي فِي عِبَادِي (29) وَادْخُلِي جَنَّتِي (30

Maksudnya: (setelah menerangkan akibat orang-orang Yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan Bahawa orang-orang Yang beriman dan beramal soleh akan disambut Dengan kata-kata): "Wahai orang Yang mempunyai jiwa Yang sentiasa tenang tetap Dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -"Kembalilah kepada Tuhanmu Dengan keadaan Engkau berpuas hati (dengan Segala nikmat Yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -"Serta masuklah Engkau Dalam kumpulan hamba-hambaKu Yang berbahagia -"Dan masuklah ke Dalam SyurgaKu! "(Alfajr:27-30)
Renung dan fikirkanlah wahai diri,
Ke mana hala tujumu nanti,
Pilihan ditanganmu sendiri,
Ke arah syurga menanti,
Atau diazab api hakiki…

Wednesday, 23 May 2012

Activity | Tiga Ahli Kelab-i antara Peneraju Utama Penubuhan Kijang Bikerz


Oleh KA

Tanggal 14 April 2012, secara rasminya kelab bermotosikal berkuasa tinggi yang dikenali sebagai Kijang Bikerz (KB) ditubuhkan di TheCo. Penubuhan KB telah dipelopori dan diterajui oleh 3 ahli kelab, RMI, KA dan IN. Mereka merupakan antara tunggak utama yang merealisasikan penubuhan KB sehingga telah dipilih  sebulat suara sebagai Presiden (KA) dan Bendahari (IN) oleh ahli-ahli di mesyuarat Agong Pertama yang diadakan di Port Dickson baru-baru ini.

Motosikal yang dimiliki oleh mereka – RM menggunakan Yamaha Fazer 1000 cc, manakala KA dan IN menggunakan Suzuki Bandit 1250 cc dan Kawasaki ZRX 1200 cc. Beberapa siri konvoi telah disertai oleh mereka sepanjang tahun 2012 antaranya, Ride to Temerloh pada 17 Mac 2012 kerana meraikan Puan Ayu, bekas kakitangan JPIT yang melangsungkan majlis kenduri perkahwinan beliau. KB telah mengiringi pasangan mempelai sehingga ke rumah pengantin dan telah diberi layanan istimewa oleh tuanrumah dengan masakan istimewa ikan patin masak gulai tempoyak. KB juga menyertai Ride to Port Dickson pada 14 April 2012 bagi menghadiri AGM KB kali pertama dan seterusnya mengikuti konvoi Jelajah Semenanjung Sambil Melawat Pejabat-Pejabat Perwakilan TheCo yang diadakan selama 4 hari 3 malam dari 28 April hingga 1 Mei 2012 yang merentasi semua negeri-negeri di Semenanjung sejauh 2,116 km.

Mungkin KB dan Kelab-i boleh menjalinkan hubungan yang lebih erat dimasa akan datang dengan menganjurkan aktiviti secara bersama seperti mengunjungi rumah anak-anak yatim di bulan Ramadhan atau lain-lain aktiviti amal.

Friday, 18 May 2012

Tazkirah | Mengurus Harta dari Kaca Mata Islam

Oleh Ustaz Mustazah Bahari

Wang, harta dan segala kebendaan duniawi ini merupakan keperluan hidup bagi manusia. Kehidupan duniawi ini tidak akan sempurna dan sejahtera tanpa harta. Sudah menjadi lumrah alam ini untuk manusia mempunyai harta bagi meneruskan kehidupannya dengan selamat dan sejahtera.

Sejak dahulu lagi persoalan harta ini telah menjadi isu penting dalam kehidupan manusia. Lihatlah dalam al-Quran, berapa banyak ayat yang menyebut tentang harta. Begitu juga dalam hadis-hadis Nabi s.a.w banyak juga baginda memberi panduan mengenai harta. Seterusnya dalam kehidupan para sahabat Nabi s.a.w yang digambarkan mengenai cara kehidupan yang berkaitan dengan harta.

Dalam membahaskan tentang harta ini, banyak contoh tauladan yang telah dipaparkan untuk memberi maklumat mengenai kepentingan dan kebaikan harta, dan sebaliknya juga harta boleh menjerumuskan manusia ke lembah kehinaan seperti yang digambarkan dalam al-Quran mengenai Qarun.




Bila berbicara tentang harta, manusia akan terdorong untuk lebih peka dan bersungguh sungguh terhadapnya. Bila datang kegawatan ekonomi manusia juga akan bingung dan resah kerana khuatir kehabisan harta untuk meneruskan kehidupan. Itulah lumrahnya.

Apabila harta sudah menjadi salah satu aspek kehidupan yang tidak boleh dihindarkan, maka di sini perlu kepada system pengurusan dan kawalan yang baik terhadap harta yang dimiliki.

Di antara contoh pengurusan harta yang baik adalah seperti yang digambarkan dalam al-Quran. Panduan yang diberikan adalah terbaik untuk manusia menguruskan harta untuk menghasilkan kehidupan yang sempurna dan sejahtera. Di antara panduan al-Quran mengenai pengurusan harta ialah seperti berikut:

  1. Harta yang dikurniakan adalah hak milik Allah sepenuhnya yang diamanahkan kepada manusia untuk menguruskannya dengan baik agar terlaksana tugasan memakmurkan bumi ini dengan sempurna. Di antara tugasan manusia di bumi ini ialah menghulurkan harta yang berlebihan kepada yang memerlukan menerusi ibadah zakat dan sedekah. Sepertimana firman Allah s.w.t dalam surah Nur ayat ke 33 yang bermaksud, “… dan berikanlah kepada mereka sebahagian dari harta Allah yang dikurniakan kepada kamu..”
  1. Harta yang dikurniakan tidak sepatutnya dinikmati oleh sekelompok manusia sahaja tanpa mempedulikan kelompok yang kurang bernasib baik. Sebagai contoh yang diberikan dalam al-Quran surah al-Hasyr ayat ke 7 mengenai pembahagian harta rampasan perang, Allah s.w.t berfirman yang bermaksud, “… supaya harta itu jangan hanya beredar di antara orang orang kaya sahaja di antara kamu…” Ayat ini memberi panduan kepada manusia agar jangan bersifat tamak dengan harta yang ada pada mereka. Dalam surah al-Qasas juga menceritakan bagaimana orang tamak dan sombong yang bernama Qarun mendapat bencana atas sifatnya yang buruk itu.
  1. Dalam mengurus harta yang berkat juga perlu dielakkan pemborosan dalam mengeluarkan dan membelanjakannya. Hal ini berlandaskan firman Allah s.w.t dalam surah al-A’raf ayat ke 31 yang bermaksud, “Dan makan dan minumlah tetapi jangan berlebih-lebihan, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berlebih-lebihan.”
  1. Kelakuan jujur ketika bermuamalah dengan manusia lain agar tidak menzalimi mana mana pihak sehingga memakan harta orang lain. Sepertimana firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat ke 188 yang bermaksud, “Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil…”
  1. Tidak menjerumuskan harta kepada pengurusan secara riba’ kerana amalan riba adalah amalan jahiliyyah yang tidak mendatangkan keadilan kepada semua pihak. Allah s.w.t telah mengharamkan riba dalam surah Ali-Imran ayat ke 130 yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu memakan riba dengan berlipat kali ganda dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu mendapat keuntungan.”

Seterusnya Nabi s.a.w juga memberi panduan yang tersusun kepada umatnya agar harta yang dikurniakan kepada mereka dapat diuruskan dengan baik untuk mendapat keberkatan dari Allah s.w.t. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim yang bermaksud, “Sesungguhnya harta ini manis dan indah, maka sesiapa yang mengambilnya dengan hak, akan diberkati baginya dan sesiapa yang mengambilnya secara membangga diri maka dia tidak akan diberkati. Bagi orang itu umpama seorang yang makan tetapi tidak kenyang, dan tangan yang memberi adalah lebih baik dari menerima.”

Hadis ini menegaskan bahawa keberkatan dalam harta terletak kepada cara mengambil dan menguruskannya secara hak.

Sebagai umat Islam yang berpandukan al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w sebagai panduan hidup sudah tentu lebih bersedia untuk menguruskan harta dengan lebih teliti dan adil.

Islam juga sebagai syariat yang sempurna kepada seluruh manusia telah meletakkan garis pandu dan matlamat untuk kepentingan manusia. Di antara matlamat syariat Islam selain dari menjaga jiwa, keturunan, akal dan kehormatan diri ialah untuk menjaga harta manusia dari dicerobohi dan disalah gunakan. Maka jelaslah konsep mengurus harta dalam Islam adalah mencapai matlamat keadilan bagi semua. Adil kepada Allah, kepada diri sendiri, kepada manusia lain,  dan seterusnya kepada alam semesta ini.

Janganlah pula harta yang bukan milik sepenuhnya yang dikurniakan kepada manusia menjadikan dia lebih zalim dan tidak berakhlak mulia. Janganlah ia menjadi bahan yang dijadikan untuk bertelagah dan membunuh sesama manusia di dunia ini. Ingatlah bahawa setiap nikmat yang dikurniakan pasti akan dipersoalkan pada hari kiamat kelak sepertimana firman Allah s.w.t dalam surah al-Takasur ayat ke 8 yang bermaksud, “Seterusnya kamu akan dipersoalkan tentang nikmat yang telah dikurniakan kepada kamu (dahulu di dunia).”

Maka bertakwalah kita terhadap harta yang ada pada kita agar ianya dapat memberikan keberkatan kepada kita dan selanjutnya pada hari kiamat kelak dapatlah kita menjawab soalan Allah s.w.t mengenai harta yang dikurniakan kepada kita di dunia ini dengan jawaban yang baik dan sempurna insyaAllah.

Monday, 14 May 2012

Activity | Were you at the Bakat BNM 2012 last Friday?

If you were there, you would have noticed one of our own club members participated in the individual event, competing against six other singers within TheCo. 

The fact that he did not win the individual event would not matter much as the audience would definitely remember the powerful and energetic performance by his group – the Viral, at the end of the event.  The seven-member group started their performance with “Gemilang” to showcase their powerful vocals, followed by an upbeat “Telephone” that saw the group making electrifying dance moves which kept the audience on the edge of their seats.


You may approach him personally to view the photos and video of the group's performance.




Friday, 11 May 2012

Activity | 2nd Makan-Makan Session

A few weeks ago, Kelab-i organised the 1st Makan2 session for the year.  It started with a brief tazkirah by Ust. MHS, followed by a quick update by SRA on the proposed activities for the club and ended with a Makan2 session.  The menu was simple and pre-packed to allow staff members who were at that time stationed at three different locations as TheCo underwent major renovation.

A few weeks later, when all staff members have moved back to the newly renovated office, BBB (the Big Big Boss) suggested for another Makan2 session and decided to belanja TheCo.  SRA decided for a change in menu selection and variety.  The KPIs - different, but delicious, where east meets west & results in zero waste.  We are glad to report that the KPIs were met.

The menu was so good that the photographer decided to focus his full attention on what was on his plate, instead of adjusting the focus of his camera's viewfinder.  Thus, only a few photos were captured during the Makan2 session.

To all club members, do anticipate more Makan2 sessions in the coming months as quite a number of people have expressed their interest to sponsor the subsequent Makan2 sessions.

Nasi Dagang


Nasi Dagang Combo I


Kuih Koci Yummy




Kari Ikan & Kari Ayam


Peminat Tegar Nasi Dagang







Popiah Kaw


Spaghetti


Nasi Dagang Combo II


Not Part of the Menu