Pages

Thursday, 19 July 2012

Activity | 7 Langkah Mudah Untuk Menikmati Durian Selepas Waktu Bekerja


Langkah 1: Renung durian yang diingini 
sehingga ia terbelah dengan sendirinya
Langkah 2: Pastikan isi durian dalam keadaan 'intact' 
selepas terkena renungan tajam
Langkah 3: Lakukan Q&C untuk memastikan 
perenung durian telah 
menjalankan tugas dengan cemerlang
Langkah 4: Kenalpasti si pura-pura pemalu 
dan hantu durian supaya mudah 
untuk menguruskan keinginan mereka. 
Juga kenalpasti sesiapa yang "now you see it (masa makan), 
now you don't (bila kenyang)" - caranya, keretanya di parkir berdekatan 
dengan meja makan. Biasanya kereta berwarna biru.    
Langkah 5: Silalah menjamu selera 
dan tunjuk wajah-wajah girang 
anda semasa menikmati durian-durian tersebut







Langkah 6: Berbaik-baik dengan penjual durian. 
Hasil stakeholder management yang baik, 
contohnya seperti insiden di atas di mana penjual durian 
dengan lirikan senyuman 
berkata "Nah, ini istimewa untuk Shayna...". 
Hasilnya rakan-rakan juga yang untung kerana mendapat durian free.





Langkah 7: Anggarkan tahap kecederaan ($) masing-masing. 
Jangan lupa membawa kalkulator untuk mengagihkan 
kecederaan ($) secara sama rata.

No comments:

Post a Comment