Pages

Sunday, 18 March 2012

Pelantikan Ahli Jawatankuasa Kelab-i 2012 | Appointment of Committee Members of Club-i 2012


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Selamat Sejahtera,

Warga JPIT yang dihormati sekalian,

Mewakili Ahli-ahli Jawatankuasa Kelab-i Sesi 2012, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kepercayaan dan sokongan anda semua. Kami berharap agar sepanjang tahun 2012 ini kita dapat bersama-sama merapatkan hubungan silaturrahim sesama rakan-rakan JPIT menerusi program-program dan aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan sepanjang tahun ini. Kami juga berharap dengan adanya program-program yang bakal mendapat sokongan anda semua, kita dapat meningkatkan produktiviti dan keseimbangan dalam melaksanakan tugas dan kehidupan seharian (work-life balance).

Berikut merupakan Ahli-ahli Jawatankuasa Kelab-i Sesi 2012:

Presiden - MFS
Timbalan Presiden - SRA
Setiausaha - MH
Timbalan Setiausaha - IHH
Bendahari - MFA
Timbalan Bendahari -  NA
Juru Audit - IH
AJK - SLZF, MS, LSS, NLA dan SS                 

Kami amat mengalu-alukan sebarang cadangan dan saranan daripada anda semua bagi mempertingkat kualiti pengurusan aktiviti-aktiviti dan program-program yang akan dianjurkan oleh Kelab-i.


Terima kasih.
Bagi pihak Kelab-i.

*     *     *

No comments:

Post a Comment